Selasa, 18 Februari 2014

Kelebihan Solat Tahajud Dari Sudut Kesihatan

Assalamualaikum,

Saya ucapkan kepada pembaca sekalian, kini, bulan Februari hampir melabuhkan tirai.
Beberapa hari lagi hendak menuju ke bulan tiga, di mana, semua generasi kelahiran 1996,
berasa amat gentar seperti saya. Manakan tidaknya, keputusan SPM hampir diumumkan.

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini. Sibuk mungkin :-)
Jadi, dengan ini, saya tergerak hati untuk menerangkan serba sedikit tentang kelebihan solat tahajud.
dari pelbagai aspek dan pandangan beberapa pihak :-)
Saya amat berharap ianya amat membantu anda.
Semua yang telah disunatkan oleh Rasulullah, punya sebab yang baik disebaliknya.
Maka, kita haruslah mencari jawapan bagi menerangkan khafiatnya...



Apakah solat Tahajud?
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat jahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutamanya kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah SAW dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W mengenai perkara ini. 

Tidur dan Solat tahajud?
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. 
Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. 

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh. 

Pendapat ahli sastera barat
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : 

" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."  
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." 
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the  
night." - Longfellow  

Oh, siapa atuk hensem ni? Beliau Henry Wadsworth Longfellow, sastera barat :-)

Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "  


Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur?
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.  

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat
penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini. 

Rahsia pergerakan dalam solat tahajud

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.

klik kalau tidak nampak ya?

Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.  
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. 

PESANAN BLOGOWNER

Begitulah kelebihannya yang saya dapat kongsikan bersama. Ianya melalui pencarian saya...
Sebenarnya, banyak lagi khafiat solat tahajud ini... Saya ingin meminta maaf sekiranya maklumat yang saya kongsi tidak lengkap dan kurang... apakan daya, saya cumalah manusia biasa...

Yang baik itu datangnya dari Allah, yang jahat itu sama ada datangnya dari saya sendiri atau syaiton nirrojim :-)
Assalamualaikum

Sekian dari,
Amanina Abu Bakar

Rabu, 1 Januari 2014

Bagaimana Ingin khusyuk Dalam Solat?

Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua pembaca. Alhamdulillah...

Di atas permintaan seorang pelajar junior saya kepada
Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
klik this, for BADAR facebook page ---> BADAR
saya, akan menjawab soalan nya

SOALAN: Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan nikmat dan khusyuk dalam solat?

Akal manusia yang dikurniakan oleh Allah memang banyak kelebihannya. Manusia adalah ciptaan Allah yang cukup sempurna... pendek kata awesome!! haha!
Malangnya, kita bukannya bersifat ma'sum
Ma'sum bermaksud, seorang yang suci dan terpelihara daripada dosa (seperti Nabi dan Para Rasul)
Maksudnya di sini, akal kita sukar untuk dikawal.. Lebih-lebih lagi, apabila syaitan telah berjanji, akan meracuni fikiran umat Nabi Muhammad. 
Lebih-lebih lagi apabila kita menunaikan solat... Bahaya tu! solat itukan tiang agama!
Mana boleh biarkan syaitan yg dilaknat tu merobohkannya!
Hayya! jangan bersedih wahai kawan!
Kita ada penyelesaiannya :-)

Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.


Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.


PESANAN BLOGOWNER


Solat itu, bukannya, sesuatu yang boleh kita permainkan. Ianya, menunjukkan kekuatan kita sebagai Umat Islam. 
Saya bukannya, 100% khusyuk dalam solat. Cuma, bila kita dah sedar, kita lari dari landasan, cepat2lah beristighfar dalam hati kerana beristighfar secara bersuara berkemungkinan akan membatalkan solat.
Saya akan selidik mengenai perkara2 yg membatalkan solat dan share dengan pembaca sekalian. 
Harap maaf ya, saya pun sedang belajar :-/

Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yg buruk itu sama ada datang dari saya atau syaitan nirrojim.

Assalamualaikum...