Assalamualaikum w.b.t
Wahai pembaca sekalian.
Hari ini, saya mendapat satu idea untuk berkongsi ilmu pengetahuan.
Ianya, merupakan kisah perkahwinan puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali
SEMOGA ANDA TERHIBUR, DAN MENGAMBILNYA SEBAGAI IKTIBAR DALAM HIDUP
Ianya, merupakan kisah perkahwinan puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali
SEMOGA ANDA TERHIBUR, DAN MENGAMBILNYA SEBAGAI IKTIBAR DALAM HIDUP
Siti
Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam
dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika
itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja.
Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang
menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa
orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya.
Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang
menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.
KECANTIKAN PUTERI BAGINDA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN
Pada
suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz
bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda
bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”
Abu
Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi
Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As
Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian
bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah
duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan
persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain.
Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat
Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran
kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu
semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya
diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang
engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak
melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan
puteri itu untukmu.”
Mendengar
perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi
kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat
hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang
sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang
menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai
apa-apa.”
Abu
Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan
itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata,
“Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya,
dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Setelah
berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian
Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian,
Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada
di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah
bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah
menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah
dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan
Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya
lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”
Tercantum
dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad
SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku
terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah
Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian
mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di
depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai
maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah
mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan.
Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan
kauperolehi dariku!”
Mendengar
kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata,
“Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah
mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau,
Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan
engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan
sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya
Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”
Ummu
Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak
berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai
Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi
Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui
bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui.
Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor
unta.”
“Tentang
pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau
tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu
engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan
engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima
barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza
wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku
menikahkan engkau di bumi!”
Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah
r.a.
Setelah
segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan
oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan
puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau
Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan
engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya
Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan
itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai
oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua
merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan
keberkahan atas perkahwinan itu.
“
Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka
berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka
rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
PESANAN BLOGOWNER
Hey, cinta itu harus jujur dan ikhlas... walau siapapun diri kita...
Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita...
Insya Allah, kepada mereka, yang masih belum berpunya,
Yakinilah, bahawa, DIA ada di luar sana, merasakan apa yang anda rasai.
Apa yg baik itu datangnya dari Allah, Yang buruk itu datangnya dari saya sendiri atau syaitan nirrojim.
Assalamualaikum