Kenapa agama ini dinamakan Islam?
Sedar
tak? Agama lain kebanyakkannya memperoleh namanya daripada nama seorang
lelaki khas atau sesuatu yang berkaitan dengan peristiwa penyebaran
agama mereka?
Contohnya:
Agama Budha = Daripada pembawa agamanya iaitu Gautama Budha.
Agama Masehi = Daripada Al-Masih a.s.
Agama Zarathustra = Dibanggakan kerana pendirinya membawa panji2 bernama Zarathustra.
Agama Yahudi daripada kabilah Yahuda.
wallahu a'lam :-)
Berlainan dengan Islam kan?
*Tidak dibangsakan kepada seorang lelaki khas dan tidak kepada umat yang tertentu.
Ianya menunjuk kepada sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan "ISLAM" itu sendiri.
*Mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam.
*Sesiapa yang bersigat dengan sifat ini, baik manusia lampau, kini, atau masa hadapan, ia adalah Muslim.
Apakah makna perkataan "ISLAM"?
Ramai yang berkefahaman bahawa Islam adalah suatu kebebasan. Namun, makna Islam itu sendiri bukanlah bererti kebebasan.
Islam bermaksud "tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan menjauhi larangan-Nya tanpa bantahan".
Akibat
kesilapan dalam memahami apakah erti Islam yang sebenar, maka, lahirlah
golongan2 yang berfikiran liberal seperti, LGBT, sisters in Islam dan
lain-lain lagi.
Hal
ini merupakan satu perkara yang tidak boleh dipandang remeh. Golongan2
seperti ini adalah golongan yang bakal memahami dan mengolah Islam
mengikut hawa nafsu mereka.
Hakikat Islam yang sebenar.
Islam adalah agama sejagat semesta. Sebagaimana yang anda telah ketahui,
Islam bermaksud tunduk dan mengikut segala perintah Maha Pemerintah & menjauhi segala larangan-Nya tanpa bantahan.
Lihatlah disekeliling anda. Matahari, bulan, bumi adalah benda2 Muslim yang menundukkan diri mereka.
Tidak ada apa yang berlaku tanpa kehendak Allah. Bumi, kekal bergerak di atas paksinya mengelilingi matahari.
Malah,
lihatlah tubuh badan kita, jantung kita berdegup di atas kehendak
Allah, darah kita mengalir ke seluruh tubuh badan kerana kehendak Allah.
Segala apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah.
Seluruh
tubuh badan kita telah beriman kepada Allah. Tubuh badan kita telah
mengikuti segala apa yang difahami mengenai Islam iaitu tunduk dan patuh
kepada Maha Pemerintah.
Mengapa tidak kita??????????????
Mengapa masih ada lagi manusia yang tidak mahu beriman kepada Allah?
Pengertian
mengenai Islam dan cara hidup Islam harus disebarkan dan difahami oleh
semua umat Islam. Kefahaman yang benar akan memahamkan kita bahawa Islam
itu bukanlah agama yang rumit seperti yang difahamkan oleh orang-orang
kafir.
Allah
telah memberikan manusia akal dan fikiran sebagai satu kebebasan untuk
mereka berfikir. Boleh sahaja Allah ingin menjadikan semua manusia di
muka bumi ini mematuhi segala perintahNya, namun, ianya
tidak selari dengan tujuan Allah mencipta Syurga dan Neraka untuk
hambaNya. Allah telah memberikan AL-Quran sebagai panduan hidup kepada
kita. Hanya yang bijak dapat menyelamatkan diri mereka.
sekian, terima kasih...
Al-Wardatul Hamra
Mencari Keredhaan Ilahi... Mari berkongsi ilmu... Mari mendalami Islam...
Ahad, 26 Jun 2016
Rabu, 29 April 2015
Pernah dengar tentang Zainab Al-Ghazali?
Zainab Al Ghazali. Srikandi Islam mesir.
Telah lahir dalam sebuah keluarga yg kuat agama islam
Beliau mula sedar akan pentingnya persatuan wanita
Ayah beliau seorang guru agama universiti Al Azhar
Pada usia 18 tahun, Zainab telah memgasaskan jamaah saidah muslimah yang merupakan sayap kepada Ikhwanul muslimin.
Faham? Contohnya UMNO, sayapnya puteri UMNO.. hekekeke. Hahahaha.
=..='
Perkahwinan Zainab dengan suami pertamanya berakhir dengan penceraian kerana suaminya tidak menyokongnya dalam usaha memperjuangkan agamanya. Perkahwinan Zainab dengan suaminya yang kedua menjadi kekuatan bagu beliau apabila suaminya ini menyokong perjuangan suci beliau. Zainab tidak dikurniakan cahaya mata. Namun, Zainab redha kerana baginya, inilah cara terbaik untuk beliau menginfakkan sepenuh masanya kepada perjuangannya.
Malangnya, raja mesir telah mengharamkan ikhwanul dn saidah.
Apabila Ikhwan Muslimin diharamkan, Zainab Al Ghazali terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an. Namun begitu akhirnya Rejim Jamal Abdul Naser berasa curiga dengan Zainab. Rumah Zainab digeladah oleh beberapa tentera tanpa izinnya dahulu. Mereka mengheret Zainab ke dalam sebuah kereta lalu dibawa pergi. Zainab dimasukkan ke dalam penjara. Penjara Mesir merupakan penjara yg menggunakan siksaan kejam kepada banduan.
Presiden Jamal Abdul Naser telah mengarahkan agar Zainab Al Ghazali diseksa dengan penyeksaan yang berat. Beliau dipukul dengan tongkat, cemeti, digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing yang ganas, direndam seharian dalam penjara air, dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atas dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah.
Namun begitu, kuasa Allah tiada sesiapa yang mampu menghalang. Sewaktu Zainab berada di dalam penjara pelbagai karamah telah berlaku. Ermm.. karamah ni macam.. benda luar biasa yg berlaku pada org awam.
Bayangkan, dikurung dalam sel kurungan anjing liar. Zainab hanya menutup mata... dia rasa gigitan anjing liar pada tubuh badannya... sambil menutup mata, Zainab berdoa pada Allah, agar Allah sibukkan dirinya dgn meningati Allah. Zainab merasakan kesakitan.
Tiba-tiba pintu ruangan sel terbuka, lalu Zainab dikeluarkan. Zainab membayangkan, bahawa pakaian putih yang dipakainya telah berlumuran darah. Itulah yang beliau rasakan dan bayangkan bahwa anjing-anjing itu benar-benar telah menggigitnya. Akan tetapi, betapa terkejutnya Zainab. Seolah-olah pakaiannya tidak terkena sesuatu apapun, dan seolah-olah tiada satu pun taring yang menembus tubuhnya.
Maha Suci Allah.
Seorang pemuda juga telah ditugaskan untuk merogol Zainab. Namun, apabila pemuda itu terpandang akan wajah Zainab, hatinya cair. Pemuda yg biasa melakukan perkara keji itu tiba2 enggan merogol Zainab dan memilih untuk dihukum bunuh dari merogol Zainab.
Dalam bukunya yg berjudul 'Hari2 dalam hidupku', Zainab ada menyatakan pengalamannya bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam buku tersebut pon ada menyatakan lebih detail tentang siksaan yg dialaminya sendiri compare dgn buku yg aku post ni.
Boleh try cari.
Now Im searching for 'Hari-hari dalam hidupku'.. Insya Allah... Beliau meninggal dunia pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun.
Al Fatihah.
Selasa, 18 Februari 2014
Kelebihan Solat Tahajud Dari Sudut Kesihatan
Assalamualaikum,
Saya ucapkan kepada pembaca sekalian, kini, bulan Februari hampir melabuhkan tirai.
Beberapa hari lagi hendak menuju ke bulan tiga, di mana, semua generasi kelahiran 1996,
berasa amat gentar seperti saya. Manakan tidaknya, keputusan SPM hampir diumumkan.
Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini. Sibuk mungkin :-)
Jadi, dengan ini, saya tergerak hati untuk menerangkan serba sedikit tentang kelebihan solat tahajud.
dari pelbagai aspek dan pandangan beberapa pihak :-)
Saya amat berharap ianya amat membantu anda.
Semua yang telah disunatkan oleh Rasulullah, punya sebab yang baik disebaliknya.
Maka, kita haruslah mencari jawapan bagi menerangkan khafiatnya...
Apakah solat Tahajud?
Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat jahajud juga dikenali sebagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutamanya kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah SAW dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W mengenai perkara ini.
Tidur dan Solat tahajud?
Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas.
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa
berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur.
Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas.
Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.
Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka.Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.
Pendapat ahli sastera barat
Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab :
" The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."
"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the
night." - Longfellow
night." - Longfellow
Oh, siapa atuk hensem ni? Beliau Henry Wadsworth Longfellow, sastera barat :-)
didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada
waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. "
Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.
Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur?
Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.
Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat
penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.
Rahsia pergerakan dalam solat tahajud
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.
klik kalau tidak nampak ya?
Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.
Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.
Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.
Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.
Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu
menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.
PESANAN BLOGOWNER
Begitulah kelebihannya yang saya dapat kongsikan bersama. Ianya melalui pencarian saya...
Sebenarnya, banyak lagi khafiat solat tahajud ini... Saya ingin meminta maaf sekiranya maklumat yang saya kongsi tidak lengkap dan kurang... apakan daya, saya cumalah manusia biasa...
Yang baik itu datangnya dari Allah, yang jahat itu sama ada datangnya dari saya sendiri atau syaiton nirrojim :-)
Assalamualaikum
Sekian dari,
Amanina Abu Bakar
Rabu, 1 Januari 2014
Bagaimana Ingin khusyuk Dalam Solat?
Assalamualaikum w.b.t
Kepada semua pembaca. Alhamdulillah...
Di atas permintaan seorang pelajar junior saya kepada
Badan Dakwah Dan Kerohanian (BADAR) SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
klik this, for BADAR facebook page ---> BADAR
saya, akan menjawab soalan nya
SOALAN: Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan nikmat dan khusyuk dalam solat?
Akal manusia yang dikurniakan oleh Allah memang banyak kelebihannya. Manusia adalah ciptaan Allah yang cukup sempurna... pendek kata awesome!! haha!
Malangnya, kita bukannya bersifat ma'sum
Ma'sum bermaksud, seorang yang suci dan terpelihara daripada dosa (seperti Nabi dan Para Rasul)
Maksudnya di sini, akal kita sukar untuk dikawal.. Lebih-lebih lagi, apabila syaitan telah berjanji, akan meracuni fikiran umat Nabi Muhammad.
Lebih-lebih lagi apabila kita menunaikan solat... Bahaya tu! solat itukan tiang agama!
Mana boleh biarkan syaitan yg dilaknat tu merobohkannya!
Hayya! jangan bersedih wahai kawan!
Kita ada penyelesaiannya :-)
Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
PESANAN BLOGOWNER
Solat itu, bukannya, sesuatu yang boleh kita permainkan. Ianya, menunjukkan kekuatan kita sebagai Umat Islam.
Saya bukannya, 100% khusyuk dalam solat. Cuma, bila kita dah sedar, kita lari dari landasan, cepat2lah beristighfar dalam hati kerana beristighfar secara bersuara berkemungkinan akan membatalkan solat.
Saya akan selidik mengenai perkara2 yg membatalkan solat dan share dengan pembaca sekalian.
Harap maaf ya, saya pun sedang belajar :-/
Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yg buruk itu sama ada datang dari saya atau syaitan nirrojim.
Assalamualaikum...
Isnin, 30 Disember 2013
Kisah Perkahwinan Puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali
Assalamualaikum w.b.t
Wahai pembaca sekalian.
Hari ini, saya mendapat satu idea untuk berkongsi ilmu pengetahuan.
Ianya, merupakan kisah perkahwinan puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali
SEMOGA ANDA TERHIBUR, DAN MENGAMBILNYA SEBAGAI IKTIBAR DALAM HIDUP
Ianya, merupakan kisah perkahwinan puteri Nabi, Fatimah Azzahra dengan Saidina Ali
SEMOGA ANDA TERHIBUR, DAN MENGAMBILNYA SEBAGAI IKTIBAR DALAM HIDUP
Siti
Fatimah Az Zahra r.a mencapai puncak keremajaan dan kecantikannya ketika Islam
dibawa Nabi Muhammad SAW sudah maju dan pesat di Madinah dan sekitarnya. Ketika
itu Siti Fatimah Az Zahra r.a benar-benar telah menjadi anak gadis remaja.
Keelokan parasnya banyak menarik perhatian. Tidak sedikit pemuda terhormat yang
menaruh harapan ingin mempersuntingkan puteri Rasulullah SAW itu. Beberapa
orang terkemuka dari kaum Muhajirin dan Ansar telah berusaha melamarnya.
Menangani lamaran itu, Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa baginda sedang
menanti datangnya petunjuk dari Allah SWT mengenai puterinya itu.
KECANTIKAN PUTERI BAGINDA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN
Pada
suatu hari Abu Bakar As Siddiq r.a, Umar Ibnul Khattab r.a dan Saad bin Muaz
bersama- sama Rasulullah SAW duduk dalam masjid baginda. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasulullah SAW. Ketika itu baginda
bertanya kepada Abu Bakar As Siddiq r.a, “Apakah engkau bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Talib?”
Abu
Bakar As Siddiq r.a menyatakan kesediaannya. Ia berangkat untuk menghubungi
Sayidina Ali r.a. Sewaktu Sayidina Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As
Siddiq r.a dengan tergopoh-gapah, ia menyambutnya dengan terperanjat kemudian
bertanya, “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah
duduk rehat sejenak, Abu Bakar As Siddiq r.a segera memperjelaskan
persoalannya, “Wahai Ali, engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah
dan Rasul-Nya serta mempunyai lebih keutamaan dibandingkan dengan orang lain.
Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian juga engkau adalah kerabat
Rasulullah SAW. Beberapa orang Sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran
kepada baginda untuk dapat mempersuntingkan puteri baginda. Lamaran itu
semuanya baginda tolak. Baginda menyatakan bahawa persoalan puterinya
diserahkan kepada Allah SWT. Akan tetapi, wahai Ali, apa sebab hingga sekarang
engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri baginda itu dan mengapa engkau tidak
melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan Rasul-Nya akan menahan
puteri itu untukmu.”
Mendengar
perkataan Abu Bakar r.a itu, mata Sayidina Ali r.a berlinang-linang. Menanggapi
kata-kata itu, Sayidina Ali r.a berkata, “Wahai Abu Bakar, anda telah membuat
hatiku goncang yang sebelumnya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang
sudah kulupakan. Demi Allah, aku memang menghendaki Fatimah, tetapi yang
menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai
apa-apa.”
Abu
Bakar r.a terharu mendengar jawapan Sayidina Ali r.a yang menyentuh perasaan
itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Sayidina Ali r.a, Abu Bakar berkata,
“Wahai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya,
dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu-debu bertaburan belaka!”
Setelah
berlangsung dialog seterusnya, Abu Bakar r.a berjaya mendorong keberanian
Sayidina Ali r.a untuk melamar puteri Rasulullah SAW. Beberapa waktu kemudian,
Sayidina Ali r.a datang menghadap Rasulullah SAW yang ketika itu sedang berada
di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah
bertanya kepada Rasulullah SAW, “Siapakah yang mengetuk pintu?” Rasulullah
menjawab, “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah
dan Rasul-Nya, dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan
Nabi Muhammad SAW itu belum dapat memuaskan hati Ummu Salamah r.a. Ia bertanya
lagi, “Ya, tetapi siapakah dia itu?”
Tercantum
dalam banyak riwayat, bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Sayidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad
SAW itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu, sampai kakiku
terhantuk-hantuk. Setelah pintu kubuka, ternyata orang yang datang itu ialah
Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempatku semula. Dia masuk, kemudian
mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasulullah SAW. Ia dipersilakan duduk di
depan baginda. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala, seolah-olah mempunyai
maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasulullah
mendahului berkata, “Wahai Ali, nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan.
Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan, akan
kauperolehi dariku!”
Mendengar
kata-kata Rasulullah SAW itu, lahir keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata,
“Maafkanlah aku, ya Rasulullah. Engkau tentu ingat bahawa engkau telah
mengambil aku dari bapa saudara engkau, Abu Talib dan ibu saudara engkau,
Fatimah binti Asad, ketika aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayah kepadaku melalui engkau juga. Dan
engkau, ya Rasulullah, adalah tempat aku bernaung dan engkau jugalah yang
menjadi wasilahku di dunia dan Akhirat. Setelah Allah membesarkan aku dan
sekarang menjadi dewasa, aku ingin berumah tangga, hidup bersama seorang
isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri engkau, Fatimah. Ya
Rasulullah, apakah engkau berkenan menyetujui untuk menikahkan diriku dengannya?”
Ummu
Salamah membuka kisahnya: “Ketika itu kulihat wajah Rasulullah nampak
berseri-seri. Sambil tersenyum baginda berkata kepada Ali bin Abi Talib, “Wahai
Ali, apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi
Allah,” jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang, “Engkau sendiri mengetahui
bagaimana keadaanku, tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak engkau ketahui.
Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor
unta.”
“Tentang
pedangmu itu,” kata Rasulullah menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib, “Engkau
tetap memerlukannya untuk meneruskan perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu
engkau juga perlu untuk keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan
engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima
barang itu dari tanganmu. Wahai Ali, engkau wajib bergembira, sebab Allah Azza
wa Jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku
menikahkan engkau di bumi!”
Demikianlah riwayat yang diceritakan Ummu Salamah
r.a.
Setelah
segala-galanya siap, dengan perasaan puas dan hati gembira, dengan disaksikan
oleh para Sahabat, Rasulullah mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan
puterinya: “Bahawasanya Allah SWT memerintahkan aku supaya menikahkan engkau
Fatimah atas mas kahwin 400 dirham (nilai sebuah baju besi). Mudah-mudahan
engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya
Rasulullah, itu kuterima dengan baik,” jawab Ali bin Abi Talib dalam pernikahan
itu. Demikianlah berlakunya pernikahan antara dua orang yang sangat dicintai
oleh Rasulullah SAW yakni puterinya, Siti Fatimah dan Sahabat yang jua
merupakan sepupu baginda yakni Sayidina Ali. Rasulullah SAW mendoakan
keberkahan atas perkahwinan itu.
“
Semoga Allah menghimpunkan yang terserak daripada keduanya, memberkati mereka
berdua dan semoga Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka
rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
PESANAN BLOGOWNER
Hey, cinta itu harus jujur dan ikhlas... walau siapapun diri kita...
Allah telah menetapkan yang terbaik untuk kita...
Insya Allah, kepada mereka, yang masih belum berpunya,
Yakinilah, bahawa, DIA ada di luar sana, merasakan apa yang anda rasai.
Apa yg baik itu datangnya dari Allah, Yang buruk itu datangnya dari saya sendiri atau syaitan nirrojim.
Assalamualaikum
Langgan:
Catatan (Atom)